Monday, February 3, 2014

Rahsia Pinjaman Rumah style Encik Wahi.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Saudara Wahi. Beliau salah seorang yang cukup berjaya dalam pelaburan hartanah. Oleh kerana beliau dah jarang untuk buat seminar hartanah. Jadi saya kongsikan sedikit cerita tentang beliau untuk anda semua.

Sila baca ye.

Nama saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya merupakan usahawan kereta sewa sepenuh masa. Syarikat saya (Green Matrix Car Rental) mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia. Kami mengendalikan lebih 200 unit kereta sewa samada untuk pelanggan korporat, individu tidak kira dari dalam dan luar negara. Selain sibuk menguruskan bisnes kereta sewa, saya juga aktif menulis buku dan kadangkala saya dipanggil memberikan ceramah keusahawan. 
Saya juga pernah ditemuramah oleh akhbar Kosmo mengenai bisnes kereta sewa. Di kalangan rakan-rakan usahawan kereta sewa, saya digelar “Otai Kereta Sewa”. Tapi saya pernah menghadapi masalah kewangan. 
Bagaimana ia boleh berlaku? Dahulu saya merupakan seorang kakitangan kerajaan. Saya juga seperti kebanyakan orang lain. Saya pernah mengalami masalah kewangan yang agak teruk. Mana tidaknya setiap kali menerima gaji, ia akan habis licin dalam masa 2 minggu sahaja. Malah, saya pernah memiliki 8 kad kredit dengan hutang hampir RM40K. Hu hu memang sah duit gaji habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Sampai satu tahap saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah.
Walaupun saya sering mengalami masalah kewangan, namun perasaan nak memiliki rumah tu sentiasa ada. Saya rasa semua orang ada perasaan macam tu kan? Masalahnya bolehkah saya membeli rumah sedangkan nak bayar bil air dan elektrik pun tak mampu? Itulah antara dilema saya yang saya hadapi dahulu. 
Kini syukur Alhamdulillah hidup saya sudah banyak berubah. Semuanya berlaku selepas saya mula belajar ilmu menguruskan wang. Ilmu itu saya dapati setelah membaca beratus-ratus buku, menghadiri seminar, menonton video dan bertanya dengan pakar-pakar kewangan. Ilmu yang saya belajar saya cuba praktikkan. Syukur Alhamdulillah hasilnya saya berjaya membeli 4 buah rumah berharga RM1.22 Juta dalam masa 5 tahun. 

Berikut merupakan rumah-rumah yang Encik Wahi berjaya beli.



Jadi, mahukah saya kongsikan kepada anda bagaimana beliau lakukannya?



Apakah rahsia Encik Wahi Abd Rahman ini? Dan saya mahu anda dapatkan RAHSIA dan baca kes study beliau yang beli rumah berharga RM200 ribu dengan hanya pendapatan sebanyak RM2000 sahaja. 

Dapatkan disini tips dari Encik Wahi - Tips Rahsia Pinjaman Rumah


Ps: Jadi, berminat? Klik sahaja pada banner diatas. Semoga tips dari Encik Wahi akan membantu anda.

No comments:

Post a Comment