Monday, December 16, 2013

Sumber maklumat tentang Hartanah.

Saya tahu, ramai dalam dilemma.

Dimana tempat yang sesuai untuk mengetahui sumber maklumat berkaitan Hartanah. Anda dah ada modal dan dah ada ilmu hartanah. Tapi untuk mendapatkan sumber maklumat yang sahih dan harus lebih laju berbanding orang lain, itu bukan satu perkara yang mudah.

Jadi, bagaimana anda hendak mengetahui info tentang rumah yang ingin dijual atau disewa nanti?

Ada beberapa cara. Antaranya..

  • Surat khabar. Banyak info jika ada rumah baru atau rumah lelong yang hendak dijual dalam surat khabar.
  • Portal/website hartanah. Dan juga blog-blog yang tulis tentang hartanah. 
  • Networking. Rajin-rajinlah berkawan dengan orang bank dan juga peguam yang selalu berurusan dengan hartanah.
  • Group di Social Media. Terutamanya di facebook. Banyak group facebook yang berbincang tentang hartanah dan ada antara mereka yang menjual rumah disitu. Cari dan baca. Banyak ilmu dan info tentang rumah disana. Biasanya pasti ada ramai pakar-pakar hartanah yang berkumpul disana. 
  • Flyers. Haa, yang ni boleh nampak kat mana-mana. Mana tahu ada orang yang terdesak nak jual atau sewa rumah? Pasti akan tampal flyers didinding rumah, bus stop, tiang lampu isyarat dan silap hari bulan ada yang tampal kat wiper kereta anda. Siapa tahu, kan? Jadi, perhatikan alam sekeliling ye. 

Contoh iklan rumah untuk dijual.

Itu sahaja.

Yang lain, anda boleh fikirkan sendiri.

Saya dah penat nak menulis. Hehe..


Thursday, December 5, 2013

7 Jenis Pelaburan Hartanah.

Berapa ramai antara anda boleh beritahu saya jenis-jenis pelaburan hartanah yang anda tahu? Pasti ramai diantara anda yang rajin membaca, bukan?

Jadi, beritahu saya. Boleh?

Okeh. Kalau ada yang masih tak tahu. Saya kongsikan sedikit sedikit ilmu yang saya baru dapat tadi. Kalau anda pergi seminar hartanah, anda akan tahu dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis pelaburan hartanah ini.

7 jenis Pelaburan Hartanah.


  1. Rumah Undercon
  2. Rumah Subsale
  3. Rumah Lelong
  4. Homestay
  5. Lease Option
  6. Bulk Purchase
  7. REIT.

Rumah lelong antara yang jadi pilihan.
Itu sahaja. Saya nak terangkan semua, saya belum mahir lagi. Tapi anda boleh search di Google untuk tahu lebih lanjut tentang perbezaan setiap jenis pelaburan hartanah tersebut dengan lebih mendalam.

Saya harap ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Wednesday, December 4, 2013

Kategori dan jenis Hartanah yang anda tak tahu.

Ya. Masih ramai yang tidak tahu tentang jenis atau kategori hartanah.

Saya juga begitu. Bila dah banyak baca buku dan pergi kelas serta seminar hartanah, barulah saya faham dan tahu kategori hartanah tersebut.

Senang cakap, kita boleh pecahkan ke beberapa kategori.

Kategori Hartanah


  1. Rumah undercon. Maksudnya, rumah yang masih dalam pembinaan.
  2. Rumah subsale. Maksudnya, rumah yang telah terpakai atau 2nd hand. Dah ada pembeli la kiranya.


Ha.

Itu sahaja.

Ada DUA sahaja kategori hartanah yang perlu anda ketahui. Ini baru skop dalam bidang rumah-rumah. Belum campur bab tanah orang ke, ladang orang ke, kebun kopi ke dan apa. Kita fokus dalam bab-bab hartanah yang melibatkan rumah sahaja dulu. Ok, kan?

Jadi, kategori mana yang lebih sesuai dengan anda? 

Dan sesuai dengan bajet anda?

Rumah macam ini, berapalah agaknya harganya eh..

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Okeh.

Bagi saya, selain mempelajari tentang ilmu hartanah itu sendiri, termasuklah tentang teknik hartanah berkesan, tips dan panduan hartanah kita juga perlu tahu langkah-langkah lain yang boleh membantu kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Senang cakap, kena tahu langkah-langkahnya.

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang perlu anda buat?

  • Belajar. Baca buku tentang hartanah, beli buku banyak-banyak.
  • Hadiri seminar hartanah atau bengkel hartanah dengan kerap. Banyak "HIDDEN" ilmu yang boleh kita dapat dari seminar-seminar tersebut yang sukar untuk kita jumpa dalam buku-buku hartanah. 
  • Berkawan dengan mereka-mereka yang bergelar Pakar Hartanah atau mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
  • Cari mentor atau guru. Senang kata, cari Pakar Hartanah yang berjaya. Kenali mereka dan buat kajian tentang kejayaan mereka. 

Banyak lagi kena baca ni..


Emm..

Itu sahaja rasanya yang saya tahu.

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah?

Monday, December 2, 2013

Apa itu Pelaburan Hartanah?

Ya.

Apa itu Pelaburan Hartanah? 

Dari apa yang belajar, ia bergantung pada 3 perkara asas yang bersangkut-paut dengan tanah dan pelaburan. Pendek kata, anda kena tahu 3 perkara ini jika mahu pergi jauh dalam bidang hartanah.


  1. Modal. Tak kiralah dalam bentuk wang ringgit.
  2. Ilmu tentang hartanah.
  3. Tahu dan MAHIR dengan cara untuk mendapatkan keuntungan tak kiralah dalam bentuk pertambahan nilai, pendapatan dan juga faedah. 



Ini antara benda-benda asas yang anda kena tahu tentang Pelaburan Hartanah.

Bagi saya, bab modal itu antara menjadi satu perkara yang sukar untuk disediakan dalam waktu yang singkat sebelum kita terjun dalam bidang hartanah. Jadi, nasihat saya, kita belajar dulu tentang ilmu hartanah dan buat "MOCK training" untuk memahirkan diri kita ilmu yang kita belajar dan mengetahui strategi yang mana lebih sesuai untuk beli hartanah nanti.

Dan, rajin-rajinlah pergi mengikuti kelas dan seminar hartanah nanti ye. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita lebih faham tentang ilmu hartanah itu sendiri.

Jadi, sudahkah anda mengetahui 3 perkara asas ini? Boleh tangkap sikit-sikit?