Monday, December 16, 2013

Sumber maklumat tentang Hartanah.

Saya tahu, ramai dalam dilemma.

Dimana tempat yang sesuai untuk mengetahui sumber maklumat berkaitan Hartanah. Anda dah ada modal dan dah ada ilmu hartanah. Tapi untuk mendapatkan sumber maklumat yang sahih dan harus lebih laju berbanding orang lain, itu bukan satu perkara yang mudah.

Jadi, bagaimana anda hendak mengetahui info tentang rumah yang ingin dijual atau disewa nanti?

Ada beberapa cara. Antaranya..

  • Surat khabar. Banyak info jika ada rumah baru atau rumah lelong yang hendak dijual dalam surat khabar.
  • Portal/website hartanah. Dan juga blog-blog yang tulis tentang hartanah. 
  • Networking. Rajin-rajinlah berkawan dengan orang bank dan juga peguam yang selalu berurusan dengan hartanah.
  • Group di Social Media. Terutamanya di facebook. Banyak group facebook yang berbincang tentang hartanah dan ada antara mereka yang menjual rumah disitu. Cari dan baca. Banyak ilmu dan info tentang rumah disana. Biasanya pasti ada ramai pakar-pakar hartanah yang berkumpul disana. 
  • Flyers. Haa, yang ni boleh nampak kat mana-mana. Mana tahu ada orang yang terdesak nak jual atau sewa rumah? Pasti akan tampal flyers didinding rumah, bus stop, tiang lampu isyarat dan silap hari bulan ada yang tampal kat wiper kereta anda. Siapa tahu, kan? Jadi, perhatikan alam sekeliling ye. 

Contoh iklan rumah untuk dijual.

Itu sahaja.

Yang lain, anda boleh fikirkan sendiri.

Saya dah penat nak menulis. Hehe..


No comments:

Post a Comment