Monday, December 2, 2013

Apa itu Pelaburan Hartanah?

Ya.

Apa itu Pelaburan Hartanah? 

Dari apa yang belajar, ia bergantung pada 3 perkara asas yang bersangkut-paut dengan tanah dan pelaburan. Pendek kata, anda kena tahu 3 perkara ini jika mahu pergi jauh dalam bidang hartanah.


  1. Modal. Tak kiralah dalam bentuk wang ringgit.
  2. Ilmu tentang hartanah.
  3. Tahu dan MAHIR dengan cara untuk mendapatkan keuntungan tak kiralah dalam bentuk pertambahan nilai, pendapatan dan juga faedah. 



Ini antara benda-benda asas yang anda kena tahu tentang Pelaburan Hartanah.

Bagi saya, bab modal itu antara menjadi satu perkara yang sukar untuk disediakan dalam waktu yang singkat sebelum kita terjun dalam bidang hartanah. Jadi, nasihat saya, kita belajar dulu tentang ilmu hartanah dan buat "MOCK training" untuk memahirkan diri kita ilmu yang kita belajar dan mengetahui strategi yang mana lebih sesuai untuk beli hartanah nanti.

Dan, rajin-rajinlah pergi mengikuti kelas dan seminar hartanah nanti ye. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita lebih faham tentang ilmu hartanah itu sendiri.

Jadi, sudahkah anda mengetahui 3 perkara asas ini? Boleh tangkap sikit-sikit?

No comments:

Post a Comment