Wednesday, August 27, 2014

2 Cara Bermain Saham yang berkesan.

Cara pertama:

Belajar dari orang yang dah pandai dan berjaya buat duit dengan main saham dengan berkesan.

Cara kedua: Dapatkan Ebook Panduan Sistem Saham.

Memandangkan kita memang tak ada masa nak cuba cara yang pertama atau memang kita tak tahu siapakah orang yang memang dah pandai dan berjaya buat duit ratus ribu atau juta-juta dengan main saham, oleh itu, dengan membaca ebook Panduan Sistem Saham ini, sekurang-kurangnya dapat membantu korang tahu bagaimana cara yang sebenar untuk bermain saham.



Dalam Ebook Panduan Saham ini ada diterangkan dengan lebih terperinci tentang bagaimana caranya untuk bermain saham sebagai seorang trader saham. Korang juga akan tahu bagaimana keuntungan dari saham ini boleh terhasil. Malah, boleh bantu korang faham tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia trader saham di Bursa Malaysia.

Dah.

Faham?

2 Cara Bermain Saham yang berkesan 

inilah yang selalu diamalkan oleh pemain saham yang berjaya.

Jadi, apa lagi yang diperlukan lagi ?

Daftar akaun CDS (Central Depository System). Ini langkah kedua selepas membaca Ebook Panduan Saham. Dan mendaftar akaun CDS ini adalah perkara wajib sebelum korang boleh bermain saham.

Bagaimana?

Cara Daftar Akaun CDS:

Pergi ke mana-mana bank dan pergi ke kaunter untuk request buka akaun CDS. Sebut aje nak buka akaun CDS kat awek kaunter tu. Diorang mesti faham punya apa tujuan kita pergi bank tersebut.

  1. Bawa Mykad. Sediakan 2 salinan yang telah disahkan.
  2. Kos pendaftaran cuma RM10 sahaja.
  3. Tunggu. 10-15 minit. Selepas itu, akaun akan siap.
  4. Korang akan dapat nombor akaun CDS yang mana nombor ini membolehkan korang beli saham secara online. Maybank2u adalah contoh mudah. Ramai yang buat duit dengan main saham di Maybank2u sekarang.
  5. Balik rumah, online, dan terus apply teknik yang korang dah belajar dari Ebook Panduan saham tu.
  6. Dapat duit. Happy ending! Yeh!
Tapi, kalau korang berminat nak tahu beberapa teknik yang jarang-jarang diceritakan oleh orang ramai, termasuklah broker sendiri dan mereka-mereka yang pakar bermain saham ini, sila dapatkan Ebook Panduan Bermain Saham yang berkesan ini dengan segera. 

Ini akan membuatkan korang “lebih berbeza” berbanding pemain saham yang lain. Sebab ramai orang main saham ikut suka hati aje. Main pilih aje. Seeloknya, kita kena ada ilmu dulu.

Berminat untuk dapatkan Ebook Panduan Sistem Saham ini? 


Thursday, July 10, 2014

Buat duit dengan Main Saham IPO Maybank

Bagaimana?

Saya yakin ramai yang tercari-cari modul atau panduan untuk buat duit dengan main saham IPO. Lebih-lebih ramai rakan-rakan saya yang dah berjaya main saham IPO melalui Maybank dengan hebanya.

Tak kurang juga ramai yang tidak mempercayainya.

Mereka anggap ini semacam duit mudah.

Ya. NAMPAK sahaja macam MUDAH.

Tapi hakikatnya, kita kena banyak membaca dan banyak belajar. Buat ujikaji, buat try dan error dan kenal pasti mana satu saham yang berpotensi untuk dapat hasil yang lumayan.

Belum lagi kena pilih saham yang ada syariah compliant.

Itu bukan mudah dan sukar sebenarnya.

Tapi Ebook Super Saham ini akan membantu anda sebagai satu panduan yang baik dan bagus untuk mengajar anda bagaimana nak buat duit dengan main Saham IPO.



Jadi, kalau ada yang berminat, boleh download panduan berbentuk pdf itu dengan segera. Malah, anda juga akan diberikan access ke facebook group untuk berbincang pelbagai isu berkaitan dengan saham termasuklah saham mana yang patut kena beli.

Tak menarik lagi ke tu?

Jadi,boleh download segera.

Download panduan itu sekarang --> Panduan Buat Duit dengan Main Saham IPO

Wednesday, July 9, 2014

Ebook Super Saham yang terbaik pernah jumpa.

Ya.

Saya rasa saya dah baca banyak informasi dan ebook tentang bagaimana hendak bermain saham IPO terutamanya bagaimana nak main saham di Maybank itu.

Jadi, kalau anda tercari-cari ebook atau panduan bermain saham IPO Maybank, anda berada pada tempat yang betul sebab orang yang menulis panduan ini adalah orang yang benar-benar ada pengalaman luas dalam bidang ini dan sudah berjaya mendapat ribuan ringgit melaluinya.

Jadi, baca ebook tersebut dengan segera sekarang.

Saya harap anda tidak akan terlepas lagi peluang ini kerana bila-bila masa sahaja nanti akan ditutup link downloadnya. Bila dah tutup, dah tak boleh download sudah.



Melepas lagi nak belajar ilmu yang sangat berguna ini.

Oleh itu, kalau benar nak main saham. Kena baca.

Dan kena tahu juga saham mana yang ada syariah compliant.

Jangan main redah aje pilih saham bila hendak beli nanti.

Baca apa yang ditulis oleh Saudara Dn Halim.

Ramai yang dah membaca dan berjaya buat duit dengan bermain saham di IPO Maybank.

Download segera disini --> Ebook Super Saham - Cara bermain saham IPO Maybank

Friday, February 28, 2014

Sertai Talk Show Limpahan Rezeki sekarang!

Ya.

Jika anda semua ada kelapangan dan mahu belajar sesuatu yang baru, mungkin anda boleh pergi ke Talk Show Limpahan Rezeki ini.

Isu yang dibincangkan dalam talk show ini adalah tentang rezeki.

Bagaimana mahu menjemput rezeki? Bagaimana pula mahu mencari rezeki?

Adakah kita perlu menunggu sahaja dan berharap agar rezeki itu datang ke tapak tangan kita?

Atau kita perlu berusaha?

Nantikan perbincangan dari panel yang memang hebat dalam bidang masing-masing. 4 panel tersebut adalah..

  1. Tan Sri Ali Hashim
  2. Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAza)
  3. Saiful Nang (Photographer hebat Malaysia)
  4. Ustaz Shaari


Jika anda mahukan talk atau seminar yang berbeza. Inilah masanya anda luangkan masa untuk belajar dari mereka yang telah berjaya.

Saya doakan anda kaya dan berjaya pada suatu masa nanti.


Talk Show Limpahan Rezeki 2014

Wednesday, February 5, 2014

Teknik Komunikasi Sublet.

Saya mahu berkongsi dengan anda tentang satu lagi teknik yang jarang-jarang orang kita pakai ketika buat duit dengan rumah sewa. Yang lebih mengejutkan lagi, teknik ini dikongsikan oleh seorang pelajar yang masih menuntut di universiti.

Apa itu Teknik Komunikasi Sublet?

Lebih NGERInya lagi, beliau berjaya dapat sebanyak RM5500 sebulan dengan hanya duduk dirumah sahaja. Terkejut dibuatnya saya apabila mengetahui "aktiviti" beliau itu. Tak sangka beliau berjaya buat duit dengan Teknik Komunikasi Sublet yang beliau jumpai.

Siapakah beliau?

Saudara Muhammad Inwann Afiqa.

Beliau telah melakukan teknik sublet itu sendiri dan berjaya meraih pendapatan lumayan. Bagaimana beliau laukannya? Haa..itu yang kita tak tahu.

Tapi beliau telah menulis dalam ebook beliau tentang Teknik Komunikasi Sublet yang mana boleh membantu anda MENIRU teknik beliau dan lakukannya selepas itu.

Apa yang anda dapat dari Ebook Teknik Komunikasi Sublet ini?

  1. Teknik komunikasi berdasarkan pengalaman Saudara Muhammad Inwann Afiqa.
  2. Real study case yang sangat berharga. 
  3. Cara beliau jana keuntungan RM5500 dengan hanya duduk dibilik sahaja.
  4. Teknik untuk kutip duit deposit sebanyak RM12500 tanpa perlu berjumpa dengan penyewa.
  5. Cara beliau "PAKSA" penyewa bayar deposit awal. 
  6. Panduan penting sebelum memulakan teknik sublet ini.


Haa..

Berminat tak?

Kalau ya.

Boleh dapatkannya disini - Ebook Komunikasi Sublet

Dapatkan Teknik Komunikasi Sublet SEGERA

Monday, February 3, 2014

Rahsia Pinjaman Rumah style Encik Wahi.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Saudara Wahi. Beliau salah seorang yang cukup berjaya dalam pelaburan hartanah. Oleh kerana beliau dah jarang untuk buat seminar hartanah. Jadi saya kongsikan sedikit cerita tentang beliau untuk anda semua.

Sila baca ye.

Nama saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya merupakan usahawan kereta sewa sepenuh masa. Syarikat saya (Green Matrix Car Rental) mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia. Kami mengendalikan lebih 200 unit kereta sewa samada untuk pelanggan korporat, individu tidak kira dari dalam dan luar negara. Selain sibuk menguruskan bisnes kereta sewa, saya juga aktif menulis buku dan kadangkala saya dipanggil memberikan ceramah keusahawan. 
Saya juga pernah ditemuramah oleh akhbar Kosmo mengenai bisnes kereta sewa. Di kalangan rakan-rakan usahawan kereta sewa, saya digelar “Otai Kereta Sewa”. Tapi saya pernah menghadapi masalah kewangan. 
Bagaimana ia boleh berlaku? Dahulu saya merupakan seorang kakitangan kerajaan. Saya juga seperti kebanyakan orang lain. Saya pernah mengalami masalah kewangan yang agak teruk. Mana tidaknya setiap kali menerima gaji, ia akan habis licin dalam masa 2 minggu sahaja. Malah, saya pernah memiliki 8 kad kredit dengan hutang hampir RM40K. Hu hu memang sah duit gaji habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Sampai satu tahap saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah.
Walaupun saya sering mengalami masalah kewangan, namun perasaan nak memiliki rumah tu sentiasa ada. Saya rasa semua orang ada perasaan macam tu kan? Masalahnya bolehkah saya membeli rumah sedangkan nak bayar bil air dan elektrik pun tak mampu? Itulah antara dilema saya yang saya hadapi dahulu. 
Kini syukur Alhamdulillah hidup saya sudah banyak berubah. Semuanya berlaku selepas saya mula belajar ilmu menguruskan wang. Ilmu itu saya dapati setelah membaca beratus-ratus buku, menghadiri seminar, menonton video dan bertanya dengan pakar-pakar kewangan. Ilmu yang saya belajar saya cuba praktikkan. Syukur Alhamdulillah hasilnya saya berjaya membeli 4 buah rumah berharga RM1.22 Juta dalam masa 5 tahun. 

Berikut merupakan rumah-rumah yang Encik Wahi berjaya beli.



Jadi, mahukah saya kongsikan kepada anda bagaimana beliau lakukannya?



Apakah rahsia Encik Wahi Abd Rahman ini? Dan saya mahu anda dapatkan RAHSIA dan baca kes study beliau yang beli rumah berharga RM200 ribu dengan hanya pendapatan sebanyak RM2000 sahaja. 

Dapatkan disini tips dari Encik Wahi - Tips Rahsia Pinjaman Rumah


Ps: Jadi, berminat? Klik sahaja pada banner diatas. Semoga tips dari Encik Wahi akan membantu anda.

Saturday, January 25, 2014

Buat duit dengan pelaburan saham. Bagaimana?

Saya kadang-kadang tertanya-tanya.

Bagaimanakah mahu buat duit melalui pelaburan saham.

Ramai yang saya tengok dah cukup berjaya. Setiap minggu, ada sahaja update difacebook dan beritahu banyak keuntungan yang diperoleh melalui saham.

Cara bermain saham?
Malah, ada yang dulunya kais pagi makan pagi, akhirnya berjaya hidup lebih selesa berbanding kehidupan mereka 1-2 tahun yang lepas. Mereka berubah sekelip mata selepas berjaya buat duit melalui pelaburan saham.

Saya tidak pandai bermain saham. Apatah lagi nak faham terma-terma yang ada dalam pelaburan saham atau permainan saham ini. Saya masih banyak yang kena belajar. 

Anda boleh bantu saya?

Kawan saya cuma suruh saya beli Panduan Saham ini - Ebook Sistem Saham.

Sebelum saya membelinya, ada sesiapa yang dah baca ebook tersebut? Bagaimana isi kandungannya? Bagus kah? Boleh membantu seorang bakal pemain saham beginner seperti saya?

Jika ya, mungkin saya akan membuat keputusan untuk mencubanya.

Anda pula bagaimana? Mahu cuba juga?

Friday, January 24, 2014

Buku Pelaburan Terbaik untuk anda.

Jika anda mencari-cari buku pelaburan dikedai buku, saya mencadangkan anda mencari buku yang bertajuk "Jangan Baca Buku Ini".

Ya. Buku itu ditulis oleh salah seorang Pakar Pelaburan Malaysia.

Saudara Abang Ensem.

Kenal kan Abang Ensem?

Ala, yang selalu buat Seminar Hartanah tiap-tiap bulan tu.

Jangan Baca Buku Ini!!


Haa..

Yang itulah.

Tidak syak lagi. Tanpa was-was.

Jika berminat, bolehlah pergi beli buku tersebut dengan segera.

Saya dah baca buku "Jangan Baca Buku Ini". Saya dah baca banyak buku pelaburan diluar sana. Tapi buku jenis inilah yang kali pertama saya jumpa. Paling santai dan sempoi. Mudah difahami dan penuh dengan ayat-ayat lucu yang boleh mengeletek hati. Dan penuh dengan panduan dan tips hartanah yang terkini. 

Jadi, sila angkat satu dengan penuh gembira.

Thursday, January 23, 2014

Seminar Hartanah Abang Ensem - 23 Februari 2014

Anda kenal Abang Ensem?

Ya.

Beliau salah seorang Pakar Hartanah yang saya kenal. Beliau ada banyak rumah. Setiap rumah-rumah yang beliau miliki memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada beliau setiap bulan.

Entah bagaimana beliau boleh "HANDLE" rumah-rumah yang banyak itu, saya tidak tahu.

Pasti ada RAHSIA yang tersendiri.



Jadi, jika ada antara anda yang berminat untuk menghampiri Seminar Hartanah Abang Ensem ini, saya kuat mencadangkan anda pergi ke Seminar Hartanah tersebut.

Tempat tempat anda dengan segera.

Ini maklumat tentang Seminar Hartanah Abang Ensem. 

Tarikh: 23 Februari 2014 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 4 petang.
Lokasi: PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam.
Yuran Penyertaan: RM99.00 sahaja.

Untuk makluman lanjut, boleh rujuk disini - Seminar Hartanah Abang Ensem.

Ps: Saranan saya, pergi ke seminar hartanah ini. Ini antara seminar hartanah paling murah harganya yang saya pernah jumpa.

Tuesday, January 21, 2014

Rahsia Buat Duit dengan Rumah Lelong

Okeh. tahukah bakal-bakal Pelabur Hartanah sekalian.

Salah satu teknik mudah untuk menjana keuntungan lumayan melaui Pelaburan Hartanah adalah dengan..


  1. Membeli hartanah dibawah pasaran.
  2. Ubahsuai, make up kasi cantik dan perbaiki apa yang patut.
  3. Sewakan atau jualkannya dengan harga yang lebih tinggi.


Dan dalam masa beberapa bulan selepas itu, anda mampu menjana keuntungan lumayan beribur-ribu ringgit, malah tidak mustahil berpuluh-ratus ribu ringgit. Teknik ini nampak mudah, bukan?

TAPI..

Sebenarnya, ia tidaklah semudah seperti yang disangka-sangka. Ia melibatkan risiko yang besar.

Jika anda TERSILAP LANGKAH..

Anda mungkin terpaksa menangung KERUGIAN beribu ringgit dan mungkin mencecah puluhan ribu ringgit. Ilmu ini tidak akan perolehi dari mana-mana bengkel atau seminar hartanah dengan mudah. Kebanyakkan mereka tidak akan kongsi "Super Weapon" mereka. Hanya segelintir sahaja berani lakukannya.

Dan salah seorang dari itu adalah Saudara Tarmizi Jusoh.

Beliau akan tunjukkan dan kongsikan cara atau Rahsia Rumah Lelong yang tidak ramai orang tahu sekaligus membantu anda mendapat pulangan yang lumayan dengan jualan Rumah Lelong anda itu?

Jika anda berminat, dapatkan tips hartanah daripada Saudara Tarmizi Jusoh sekarang!

Beliau merupakan seorang peguam, pelabur dan penulis tips hartanah yang hebat. Pasti beliau akan membantu anda untuk memastikan jualan Rumah Lelong anda mendapat keuntungan yang berbaloi.

Dapatkan Rahsia Rumah Lelong sekarang!

Sunday, January 19, 2014

Tanya 40 soalan kepada Lawyer Hartanah.

Saya ingin bertanya kepada anda semua.

Anda sudah ada target untuk membeli rumah? 

Jika ya, saya mahu memastikan bahawa anda sudah bertanya beberapa soalan MAUT dan penting kepada peguam hartanah atau lawyer hartanah anda. Perkara ini tidak selalu dibincangkan dalam seminar hartanah. Jadi, anda perlu ambil perhatian dalam hal ini.

Ini antara langkah-langkah penting dan kritikal yang perlu anda lakukan sebelum membeli mana-mana hartanah di Malaysia ini.

Antara soalan yang perlu anda tanya..

  1. Apakah hartanah bertanah? 
  2. Apakah hartanah yang dipecah bahagi? 
  3. Apakah hartanah strata? 
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bebas daripada sebarang bebanan’ di dalam hak milik individu? 
  5. Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang masih di dalam binaan? 
  6. Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang telah siap atau dijual beli di pasaran kedua? Apakah hartanah pegangan pajakan? 
  7. Apakah kebenaran pindah milik tanah? 
  8. Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan kebenaran pindah milik anda ditolak? 
  9. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘harta bersama’ di dalam pemajuan perumahan strata? 
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan caj penyenggaraan di dalam pemajuan perumahan strata? 
  11. Siapakah yang dianggap sebagai ejen pengurusan di dalam kawasan perumahan strata? 
  12. Apakah maksud ganti rugi yang telah ditentukan dan ditetapkan? 
  13. Apakah tempoh liabiliti kecacatan? 
  14. Siapakah yang berhak mengutip bil bekalan air di dalam kawasan perumahan strata? Apakah undang-undang kecil di dalam pemajuan strata? 
  15. Apakah yang dimaksudkan dengan Waad Ikatan Bersalingan? 
  16. Apakah kawasan perumahan berpengawal/kawasan perumahan berpagar dan berpengawal? 
  17. Apakah cukai keuntungan hartanah dan adakah terdapat sebarang pengecualian daripada membayar cukai keuntungan hartanah? 
  18. Bagaimanakah proses pembelian rumah dapat ditunjuk dengan ringkas?


Itu baru 18 soalan berkaitan dengan hartanah. Ada banyak lagi soalan yang perlu anda tanya lagi. Bagaimana pula dengan jawapan bagi setiap soalan itu? Siapakah yang akan menjawabnya?

Saudara Khairul Anuar akan bantu anda untuk menjawab segala soalan itu dengan baik dan mudah untuk difahami. Siapa sebenarnya saudara Khairul Anuar ini?



Secara jujur, anda kena berterima kasih kepada saudara Khairul Anuar ini kerana berminat untuk membantu anda untuk menjawab soalan-soalan anda tersebut.

Dapatkan jawapan untuk setiap soalan anda disini - Tanya 40 soalan kepada Khairul Anuar

Saturday, January 18, 2014

Panduan Lengkap Buat Duit dengan Rumah Lelong.

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi bahan bacaan baik untuk tambah ilmu pengetahuan anda tentang Pelaburan Hartanah.

Dan kali ini ia berbentuk ebook.

Inilah satu-satunya ebook yang akan memberikan anda panduan lengkap langkah demi langkah bagaimana membeli rumah lelong dan menjana keuntungan darinya. Antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah:-

BAB 1: Keistimewaan Melabur Hartanah Lelong.
6 Sebab mengapa melabur di dalam hartanah lelong adalah lebih baik dari pelaburan yang lain.

BAB 2: Sebab-sebab Hartanah Dilelong.
5 Sebab mengapa sesuatu hartanah di lelong.

BAB 3: Persediaan Awal Sebelum Melabur.
7 persediaan yang perlu anda lakukan sebelum menceburkan diri di dalam dunia pelaburan hartanah lelong, serta ketahui orang-orang yang terlibat yang perlu anda dekati untuk memastikan kejayaan anda di dalam pelaburan hartanah ini.

BAB 4: Bajet Memulakan Pelaburan Hartanah
7 sumber yang boleh anda rujuk untuk mendapatkan modal permulaan anda di dalam pelaburan hartanah.

BAB 5: Jenis-jenis Hartanah Yang Dilelong
Sangat penting untuk anda mengetahui jenis serta ciri-ciri hartanah lelong yang ingin anda beli, silap beli, anda akan kerugian berpuluh-puluh irbu ringgit.

BAB 6: Membeli Hartanah Pra-lelongan
Ya! Anda sebenarnya boleh mendapatkan sesebuah hartanah lelong itu sebelum ianya di lelong. Ketahui bagaimana cara untuk mendapatkannya di bab ini.

BAB 7: Membeli Hartanah Dilelongan Awam
Apakah perkara yang perlu anda teliti pada sesuatu hartanah lelong sebelum anda mengambil keputusan untuk memasuki bilik lelongan, serta apakah dokumen-dokumen yang diperlukan? Bab ini menerangkannya dengan terperinci.

BAB 8: Membeli Hartanah Pasca Lelongan
Tidak ramai yang mengetahui kaedah ini, anda masih boleh membeli rumah lelong walaupun selepas hari lelongan diadakan. Tekniknya ada diterangkan disini.

BAB 9: Mendapatkan Pembiayaan Bank
Apakah dokumen yang diperlukan? dan.. Bank apakah yang memberikan kelulusan yang segera? Jawapannya di dalam bab ini.

BAB 10: Memohon Surat Kebenaran
Sesetengah rumah lelong memerlukan anda mendapatkan surat kebenaran dari pihak berkuasa. Jangan melakukan kesilapan ini dan ketahui rumah jenis apakah yang memerlukan surat kebenaran.

BAB 11: Tindakan Selepas Lelongan
Apa yang perlu dilakukan setelah anda berjaya memperolehi rumah lelong? Panduan berserta kos yang terlibat ditunjukkan di dalam bab ini.

BAB 12: 7 Strategi Membuat Untung Dari Hartanah Lelong
Bukan hanya setakat jual atau sewakan, tetapi, ada banyak lagi cara anda boleh menjana keuntungan dari rumah anda.

Bagaimana mahu mendapatkan ebook tersebut?

Download ebook itu disini --> Panduan Lengkap Buat Duit dengan Rumah Lelong

Atau Klik pada banner dibawah ini.

Tuesday, January 14, 2014

Ingin jadi Ejen Hartanah tak?

Okeh.

Saya nak iklan sedikit.

Kot-kot ada yang berminat nak jadi ejen hartanah ini.

Tak. Tak, saya bukan ejen hartanah. Cuma saya ingin kongsikan peluang untuk menambah pendapatan kepada anda-anda semua yang berminat untuk jadi Ejen Hartanah. Siapa tahu, dengan keuntungan yang anda dapat nanti bolehlah anda menambah jumlah hartanah anda dengan lebih banyak?

Dapat beli satu atau dua rumah pun dah cukup lumayan kan kalau berjaya buat duit dengan jadi Ejen Hartanah ini, bukan?

Jadi, mengapa tidak anda mencuba dan mempelajari bagaimana hendak jadi Ejen Hartanah? Anda ingin tahu Rahsia berjaya dapat income yang lumayan melalui Ejen Hartanah?

Ok. Siapa yang sesuai?

Sesiapa sahaja. Asalkan sanggup belajar. Graduan baru tamat belajar, mereka yang masih menganggur dan ingin ada kerja yang lebih stabil dan lumayan atau sesiapa sahaja yang ingin tambah pendapatan anda tak kiralah secara part time atau full time. Asalkan anda ada keinginan, saya yakin anda juga boleh berjaya.



--> Kepada yang berminat, sila rujuk disini - Panduan jadi Ejen Hartanah

Ps: Ramai rakan-rakan saya yang dah berjaya. Anda bila lagi?

Thursday, January 2, 2014

Seminar Hartanah 2014 makin meriah.

Rasa-rasanya pada tahun 2014 ini, akan ada banyak seminar hartanah yang akan membuatkan ramai orang berminat untuk mempelajarinya.

Memang bidang hartanah ini tak ramai yang berminat. Tapi ramai orang berminat untuk beli dan sewa rumah.

Jadi, bagaimana untuk tukarkannya kepada satu keuntungan yang lumayan, menyertai Seminar Hartanah adalah satu kemestian.

Tidak hairan banyak Seminar Hartanah telah diadakan sejak 2 tahun lepas. Makin ramai yang ingin belajar dan tahu bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dalam bidang hartanah.


Dan ini juga menjadi boleh membantu mereka-mereka yang ingin beli rumah untuk keperluan sendiri. Maksudnya, duduk sendiri. Sebab harga rumah menjadi mahal setiap hari. Jadi, bila kita dah belajar tentang hartanah, trik hartanah dan tips hartanah yang selama ini kita tak tahu, mungkin ini akan jadi satu pembuka jalan bagi kita untuk memiliki rumah pertama kita yang tersendiri.

Jadi, kalau ada seminar hartanah yang berdekatan dengan rumah anda, sila pergi dengan penuh gembira.

Mana tahu, ia mungkin satu pengalaman yang cukup berharga untuk anda?