Showing posts with label seminar hartanah. Show all posts
Showing posts with label seminar hartanah. Show all posts

Monday, February 3, 2014

Rahsia Pinjaman Rumah style Encik Wahi.

Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Saudara Wahi. Beliau salah seorang yang cukup berjaya dalam pelaburan hartanah. Oleh kerana beliau dah jarang untuk buat seminar hartanah. Jadi saya kongsikan sedikit cerita tentang beliau untuk anda semua.

Sila baca ye.

Nama saya Wahi Bin Abd Rashid. Saya merupakan usahawan kereta sewa sepenuh masa. Syarikat saya (Green Matrix Car Rental) mempunyai 15 cawangan di seluruh Malaysia. Kami mengendalikan lebih 200 unit kereta sewa samada untuk pelanggan korporat, individu tidak kira dari dalam dan luar negara. Selain sibuk menguruskan bisnes kereta sewa, saya juga aktif menulis buku dan kadangkala saya dipanggil memberikan ceramah keusahawan. 
Saya juga pernah ditemuramah oleh akhbar Kosmo mengenai bisnes kereta sewa. Di kalangan rakan-rakan usahawan kereta sewa, saya digelar “Otai Kereta Sewa”. Tapi saya pernah menghadapi masalah kewangan. 
Bagaimana ia boleh berlaku? Dahulu saya merupakan seorang kakitangan kerajaan. Saya juga seperti kebanyakan orang lain. Saya pernah mengalami masalah kewangan yang agak teruk. Mana tidaknya setiap kali menerima gaji, ia akan habis licin dalam masa 2 minggu sahaja. Malah, saya pernah memiliki 8 kad kredit dengan hutang hampir RM40K. Hu hu memang sah duit gaji habis digunakan untuk membayar hutang sahaja. Sampai satu tahap saya tidak mampu membayar bil air dan elektrik di rumah.
Walaupun saya sering mengalami masalah kewangan, namun perasaan nak memiliki rumah tu sentiasa ada. Saya rasa semua orang ada perasaan macam tu kan? Masalahnya bolehkah saya membeli rumah sedangkan nak bayar bil air dan elektrik pun tak mampu? Itulah antara dilema saya yang saya hadapi dahulu. 
Kini syukur Alhamdulillah hidup saya sudah banyak berubah. Semuanya berlaku selepas saya mula belajar ilmu menguruskan wang. Ilmu itu saya dapati setelah membaca beratus-ratus buku, menghadiri seminar, menonton video dan bertanya dengan pakar-pakar kewangan. Ilmu yang saya belajar saya cuba praktikkan. Syukur Alhamdulillah hasilnya saya berjaya membeli 4 buah rumah berharga RM1.22 Juta dalam masa 5 tahun. 

Berikut merupakan rumah-rumah yang Encik Wahi berjaya beli.



Jadi, mahukah saya kongsikan kepada anda bagaimana beliau lakukannya?



Apakah rahsia Encik Wahi Abd Rahman ini? Dan saya mahu anda dapatkan RAHSIA dan baca kes study beliau yang beli rumah berharga RM200 ribu dengan hanya pendapatan sebanyak RM2000 sahaja. 

Dapatkan disini tips dari Encik Wahi - Tips Rahsia Pinjaman Rumah


Ps: Jadi, berminat? Klik sahaja pada banner diatas. Semoga tips dari Encik Wahi akan membantu anda.

Friday, January 24, 2014

Buku Pelaburan Terbaik untuk anda.

Jika anda mencari-cari buku pelaburan dikedai buku, saya mencadangkan anda mencari buku yang bertajuk "Jangan Baca Buku Ini".

Ya. Buku itu ditulis oleh salah seorang Pakar Pelaburan Malaysia.

Saudara Abang Ensem.

Kenal kan Abang Ensem?

Ala, yang selalu buat Seminar Hartanah tiap-tiap bulan tu.

Jangan Baca Buku Ini!!


Haa..

Yang itulah.

Tidak syak lagi. Tanpa was-was.

Jika berminat, bolehlah pergi beli buku tersebut dengan segera.

Saya dah baca buku "Jangan Baca Buku Ini". Saya dah baca banyak buku pelaburan diluar sana. Tapi buku jenis inilah yang kali pertama saya jumpa. Paling santai dan sempoi. Mudah difahami dan penuh dengan ayat-ayat lucu yang boleh mengeletek hati. Dan penuh dengan panduan dan tips hartanah yang terkini. 

Jadi, sila angkat satu dengan penuh gembira.

Thursday, January 23, 2014

Seminar Hartanah Abang Ensem - 23 Februari 2014

Anda kenal Abang Ensem?

Ya.

Beliau salah seorang Pakar Hartanah yang saya kenal. Beliau ada banyak rumah. Setiap rumah-rumah yang beliau miliki memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada beliau setiap bulan.

Entah bagaimana beliau boleh "HANDLE" rumah-rumah yang banyak itu, saya tidak tahu.

Pasti ada RAHSIA yang tersendiri.



Jadi, jika ada antara anda yang berminat untuk menghampiri Seminar Hartanah Abang Ensem ini, saya kuat mencadangkan anda pergi ke Seminar Hartanah tersebut.

Tempat tempat anda dengan segera.

Ini maklumat tentang Seminar Hartanah Abang Ensem. 

Tarikh: 23 Februari 2014 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 4 petang.
Lokasi: PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam.
Yuran Penyertaan: RM99.00 sahaja.

Untuk makluman lanjut, boleh rujuk disini - Seminar Hartanah Abang Ensem.

Ps: Saranan saya, pergi ke seminar hartanah ini. Ini antara seminar hartanah paling murah harganya yang saya pernah jumpa.

Thursday, January 2, 2014

Seminar Hartanah 2014 makin meriah.

Rasa-rasanya pada tahun 2014 ini, akan ada banyak seminar hartanah yang akan membuatkan ramai orang berminat untuk mempelajarinya.

Memang bidang hartanah ini tak ramai yang berminat. Tapi ramai orang berminat untuk beli dan sewa rumah.

Jadi, bagaimana untuk tukarkannya kepada satu keuntungan yang lumayan, menyertai Seminar Hartanah adalah satu kemestian.

Tidak hairan banyak Seminar Hartanah telah diadakan sejak 2 tahun lepas. Makin ramai yang ingin belajar dan tahu bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dalam bidang hartanah.


Dan ini juga menjadi boleh membantu mereka-mereka yang ingin beli rumah untuk keperluan sendiri. Maksudnya, duduk sendiri. Sebab harga rumah menjadi mahal setiap hari. Jadi, bila kita dah belajar tentang hartanah, trik hartanah dan tips hartanah yang selama ini kita tak tahu, mungkin ini akan jadi satu pembuka jalan bagi kita untuk memiliki rumah pertama kita yang tersendiri.

Jadi, kalau ada seminar hartanah yang berdekatan dengan rumah anda, sila pergi dengan penuh gembira.

Mana tahu, ia mungkin satu pengalaman yang cukup berharga untuk anda?

Thursday, December 5, 2013

7 Jenis Pelaburan Hartanah.

Berapa ramai antara anda boleh beritahu saya jenis-jenis pelaburan hartanah yang anda tahu? Pasti ramai diantara anda yang rajin membaca, bukan?

Jadi, beritahu saya. Boleh?

Okeh. Kalau ada yang masih tak tahu. Saya kongsikan sedikit sedikit ilmu yang saya baru dapat tadi. Kalau anda pergi seminar hartanah, anda akan tahu dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis pelaburan hartanah ini.

7 jenis Pelaburan Hartanah.


  1. Rumah Undercon
  2. Rumah Subsale
  3. Rumah Lelong
  4. Homestay
  5. Lease Option
  6. Bulk Purchase
  7. REIT.

Rumah lelong antara yang jadi pilihan.
Itu sahaja. Saya nak terangkan semua, saya belum mahir lagi. Tapi anda boleh search di Google untuk tahu lebih lanjut tentang perbezaan setiap jenis pelaburan hartanah tersebut dengan lebih mendalam.

Saya harap ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Wednesday, December 4, 2013

Kategori dan jenis Hartanah yang anda tak tahu.

Ya. Masih ramai yang tidak tahu tentang jenis atau kategori hartanah.

Saya juga begitu. Bila dah banyak baca buku dan pergi kelas serta seminar hartanah, barulah saya faham dan tahu kategori hartanah tersebut.

Senang cakap, kita boleh pecahkan ke beberapa kategori.

Kategori Hartanah


  1. Rumah undercon. Maksudnya, rumah yang masih dalam pembinaan.
  2. Rumah subsale. Maksudnya, rumah yang telah terpakai atau 2nd hand. Dah ada pembeli la kiranya.


Ha.

Itu sahaja.

Ada DUA sahaja kategori hartanah yang perlu anda ketahui. Ini baru skop dalam bidang rumah-rumah. Belum campur bab tanah orang ke, ladang orang ke, kebun kopi ke dan apa. Kita fokus dalam bab-bab hartanah yang melibatkan rumah sahaja dulu. Ok, kan?

Jadi, kategori mana yang lebih sesuai dengan anda? 

Dan sesuai dengan bajet anda?

Rumah macam ini, berapalah agaknya harganya eh..

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Okeh.

Bagi saya, selain mempelajari tentang ilmu hartanah itu sendiri, termasuklah tentang teknik hartanah berkesan, tips dan panduan hartanah kita juga perlu tahu langkah-langkah lain yang boleh membantu kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Senang cakap, kena tahu langkah-langkahnya.

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang perlu anda buat?

  • Belajar. Baca buku tentang hartanah, beli buku banyak-banyak.
  • Hadiri seminar hartanah atau bengkel hartanah dengan kerap. Banyak "HIDDEN" ilmu yang boleh kita dapat dari seminar-seminar tersebut yang sukar untuk kita jumpa dalam buku-buku hartanah. 
  • Berkawan dengan mereka-mereka yang bergelar Pakar Hartanah atau mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
  • Cari mentor atau guru. Senang kata, cari Pakar Hartanah yang berjaya. Kenali mereka dan buat kajian tentang kejayaan mereka. 

Banyak lagi kena baca ni..


Emm..

Itu sahaja rasanya yang saya tahu.

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah?

Monday, December 2, 2013

Apa itu Pelaburan Hartanah?

Ya.

Apa itu Pelaburan Hartanah? 

Dari apa yang belajar, ia bergantung pada 3 perkara asas yang bersangkut-paut dengan tanah dan pelaburan. Pendek kata, anda kena tahu 3 perkara ini jika mahu pergi jauh dalam bidang hartanah.


  1. Modal. Tak kiralah dalam bentuk wang ringgit.
  2. Ilmu tentang hartanah.
  3. Tahu dan MAHIR dengan cara untuk mendapatkan keuntungan tak kiralah dalam bentuk pertambahan nilai, pendapatan dan juga faedah. 



Ini antara benda-benda asas yang anda kena tahu tentang Pelaburan Hartanah.

Bagi saya, bab modal itu antara menjadi satu perkara yang sukar untuk disediakan dalam waktu yang singkat sebelum kita terjun dalam bidang hartanah. Jadi, nasihat saya, kita belajar dulu tentang ilmu hartanah dan buat "MOCK training" untuk memahirkan diri kita ilmu yang kita belajar dan mengetahui strategi yang mana lebih sesuai untuk beli hartanah nanti.

Dan, rajin-rajinlah pergi mengikuti kelas dan seminar hartanah nanti ye. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita lebih faham tentang ilmu hartanah itu sendiri.

Jadi, sudahkah anda mengetahui 3 perkara asas ini? Boleh tangkap sikit-sikit?