Showing posts with label apa itu pelaburan hartanah. Show all posts
Showing posts with label apa itu pelaburan hartanah. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

7 Jenis Pelaburan Hartanah.

Berapa ramai antara anda boleh beritahu saya jenis-jenis pelaburan hartanah yang anda tahu? Pasti ramai diantara anda yang rajin membaca, bukan?

Jadi, beritahu saya. Boleh?

Okeh. Kalau ada yang masih tak tahu. Saya kongsikan sedikit sedikit ilmu yang saya baru dapat tadi. Kalau anda pergi seminar hartanah, anda akan tahu dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis pelaburan hartanah ini.

7 jenis Pelaburan Hartanah.


  1. Rumah Undercon
  2. Rumah Subsale
  3. Rumah Lelong
  4. Homestay
  5. Lease Option
  6. Bulk Purchase
  7. REIT.

Rumah lelong antara yang jadi pilihan.
Itu sahaja. Saya nak terangkan semua, saya belum mahir lagi. Tapi anda boleh search di Google untuk tahu lebih lanjut tentang perbezaan setiap jenis pelaburan hartanah tersebut dengan lebih mendalam.

Saya harap ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Wednesday, December 4, 2013

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Okeh.

Bagi saya, selain mempelajari tentang ilmu hartanah itu sendiri, termasuklah tentang teknik hartanah berkesan, tips dan panduan hartanah kita juga perlu tahu langkah-langkah lain yang boleh membantu kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Senang cakap, kena tahu langkah-langkahnya.

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang perlu anda buat?

  • Belajar. Baca buku tentang hartanah, beli buku banyak-banyak.
  • Hadiri seminar hartanah atau bengkel hartanah dengan kerap. Banyak "HIDDEN" ilmu yang boleh kita dapat dari seminar-seminar tersebut yang sukar untuk kita jumpa dalam buku-buku hartanah. 
  • Berkawan dengan mereka-mereka yang bergelar Pakar Hartanah atau mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
  • Cari mentor atau guru. Senang kata, cari Pakar Hartanah yang berjaya. Kenali mereka dan buat kajian tentang kejayaan mereka. 

Banyak lagi kena baca ni..


Emm..

Itu sahaja rasanya yang saya tahu.

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah?

Monday, December 2, 2013

Apa itu Pelaburan Hartanah?

Ya.

Apa itu Pelaburan Hartanah? 

Dari apa yang belajar, ia bergantung pada 3 perkara asas yang bersangkut-paut dengan tanah dan pelaburan. Pendek kata, anda kena tahu 3 perkara ini jika mahu pergi jauh dalam bidang hartanah.


  1. Modal. Tak kiralah dalam bentuk wang ringgit.
  2. Ilmu tentang hartanah.
  3. Tahu dan MAHIR dengan cara untuk mendapatkan keuntungan tak kiralah dalam bentuk pertambahan nilai, pendapatan dan juga faedah. 



Ini antara benda-benda asas yang anda kena tahu tentang Pelaburan Hartanah.

Bagi saya, bab modal itu antara menjadi satu perkara yang sukar untuk disediakan dalam waktu yang singkat sebelum kita terjun dalam bidang hartanah. Jadi, nasihat saya, kita belajar dulu tentang ilmu hartanah dan buat "MOCK training" untuk memahirkan diri kita ilmu yang kita belajar dan mengetahui strategi yang mana lebih sesuai untuk beli hartanah nanti.

Dan, rajin-rajinlah pergi mengikuti kelas dan seminar hartanah nanti ye. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita lebih faham tentang ilmu hartanah itu sendiri.

Jadi, sudahkah anda mengetahui 3 perkara asas ini? Boleh tangkap sikit-sikit?