Showing posts with label tips hartanah. Show all posts
Showing posts with label tips hartanah. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Buku Pelaburan Terbaik untuk anda.

Jika anda mencari-cari buku pelaburan dikedai buku, saya mencadangkan anda mencari buku yang bertajuk "Jangan Baca Buku Ini".

Ya. Buku itu ditulis oleh salah seorang Pakar Pelaburan Malaysia.

Saudara Abang Ensem.

Kenal kan Abang Ensem?

Ala, yang selalu buat Seminar Hartanah tiap-tiap bulan tu.

Jangan Baca Buku Ini!!


Haa..

Yang itulah.

Tidak syak lagi. Tanpa was-was.

Jika berminat, bolehlah pergi beli buku tersebut dengan segera.

Saya dah baca buku "Jangan Baca Buku Ini". Saya dah baca banyak buku pelaburan diluar sana. Tapi buku jenis inilah yang kali pertama saya jumpa. Paling santai dan sempoi. Mudah difahami dan penuh dengan ayat-ayat lucu yang boleh mengeletek hati. Dan penuh dengan panduan dan tips hartanah yang terkini. 

Jadi, sila angkat satu dengan penuh gembira.

Thursday, January 23, 2014

Seminar Hartanah Abang Ensem - 23 Februari 2014

Anda kenal Abang Ensem?

Ya.

Beliau salah seorang Pakar Hartanah yang saya kenal. Beliau ada banyak rumah. Setiap rumah-rumah yang beliau miliki memberikan pulangan yang cukup lumayan kepada beliau setiap bulan.

Entah bagaimana beliau boleh "HANDLE" rumah-rumah yang banyak itu, saya tidak tahu.

Pasti ada RAHSIA yang tersendiri.



Jadi, jika ada antara anda yang berminat untuk menghampiri Seminar Hartanah Abang Ensem ini, saya kuat mencadangkan anda pergi ke Seminar Hartanah tersebut.

Tempat tempat anda dengan segera.

Ini maklumat tentang Seminar Hartanah Abang Ensem. 

Tarikh: 23 Februari 2014 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi - 4 petang.
Lokasi: PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam.
Yuran Penyertaan: RM99.00 sahaja.

Untuk makluman lanjut, boleh rujuk disini - Seminar Hartanah Abang Ensem.

Ps: Saranan saya, pergi ke seminar hartanah ini. Ini antara seminar hartanah paling murah harganya yang saya pernah jumpa.

Sunday, January 19, 2014

Tanya 40 soalan kepada Lawyer Hartanah.

Saya ingin bertanya kepada anda semua.

Anda sudah ada target untuk membeli rumah? 

Jika ya, saya mahu memastikan bahawa anda sudah bertanya beberapa soalan MAUT dan penting kepada peguam hartanah atau lawyer hartanah anda. Perkara ini tidak selalu dibincangkan dalam seminar hartanah. Jadi, anda perlu ambil perhatian dalam hal ini.

Ini antara langkah-langkah penting dan kritikal yang perlu anda lakukan sebelum membeli mana-mana hartanah di Malaysia ini.

Antara soalan yang perlu anda tanya..

  1. Apakah hartanah bertanah? 
  2. Apakah hartanah yang dipecah bahagi? 
  3. Apakah hartanah strata? 
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘bebas daripada sebarang bebanan’ di dalam hak milik individu? 
  5. Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang masih di dalam binaan? 
  6. Apakah yang dimaksudkan dengan milikan kosong untuk hartanah yang telah siap atau dijual beli di pasaran kedua? Apakah hartanah pegangan pajakan? 
  7. Apakah kebenaran pindah milik tanah? 
  8. Apa yang boleh anda lakukan jika permohonan kebenaran pindah milik anda ditolak? 
  9. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘harta bersama’ di dalam pemajuan perumahan strata? 
  10. Apakah yang dimaksudkan dengan caj penyenggaraan di dalam pemajuan perumahan strata? 
  11. Siapakah yang dianggap sebagai ejen pengurusan di dalam kawasan perumahan strata? 
  12. Apakah maksud ganti rugi yang telah ditentukan dan ditetapkan? 
  13. Apakah tempoh liabiliti kecacatan? 
  14. Siapakah yang berhak mengutip bil bekalan air di dalam kawasan perumahan strata? Apakah undang-undang kecil di dalam pemajuan strata? 
  15. Apakah yang dimaksudkan dengan Waad Ikatan Bersalingan? 
  16. Apakah kawasan perumahan berpengawal/kawasan perumahan berpagar dan berpengawal? 
  17. Apakah cukai keuntungan hartanah dan adakah terdapat sebarang pengecualian daripada membayar cukai keuntungan hartanah? 
  18. Bagaimanakah proses pembelian rumah dapat ditunjuk dengan ringkas?


Itu baru 18 soalan berkaitan dengan hartanah. Ada banyak lagi soalan yang perlu anda tanya lagi. Bagaimana pula dengan jawapan bagi setiap soalan itu? Siapakah yang akan menjawabnya?

Saudara Khairul Anuar akan bantu anda untuk menjawab segala soalan itu dengan baik dan mudah untuk difahami. Siapa sebenarnya saudara Khairul Anuar ini?



Secara jujur, anda kena berterima kasih kepada saudara Khairul Anuar ini kerana berminat untuk membantu anda untuk menjawab soalan-soalan anda tersebut.

Dapatkan jawapan untuk setiap soalan anda disini - Tanya 40 soalan kepada Khairul Anuar

Thursday, January 2, 2014

Seminar Hartanah 2014 makin meriah.

Rasa-rasanya pada tahun 2014 ini, akan ada banyak seminar hartanah yang akan membuatkan ramai orang berminat untuk mempelajarinya.

Memang bidang hartanah ini tak ramai yang berminat. Tapi ramai orang berminat untuk beli dan sewa rumah.

Jadi, bagaimana untuk tukarkannya kepada satu keuntungan yang lumayan, menyertai Seminar Hartanah adalah satu kemestian.

Tidak hairan banyak Seminar Hartanah telah diadakan sejak 2 tahun lepas. Makin ramai yang ingin belajar dan tahu bagaimana untuk memaksimakan keuntungan dalam bidang hartanah.


Dan ini juga menjadi boleh membantu mereka-mereka yang ingin beli rumah untuk keperluan sendiri. Maksudnya, duduk sendiri. Sebab harga rumah menjadi mahal setiap hari. Jadi, bila kita dah belajar tentang hartanah, trik hartanah dan tips hartanah yang selama ini kita tak tahu, mungkin ini akan jadi satu pembuka jalan bagi kita untuk memiliki rumah pertama kita yang tersendiri.

Jadi, kalau ada seminar hartanah yang berdekatan dengan rumah anda, sila pergi dengan penuh gembira.

Mana tahu, ia mungkin satu pengalaman yang cukup berharga untuk anda?

Monday, December 16, 2013

Sumber maklumat tentang Hartanah.

Saya tahu, ramai dalam dilemma.

Dimana tempat yang sesuai untuk mengetahui sumber maklumat berkaitan Hartanah. Anda dah ada modal dan dah ada ilmu hartanah. Tapi untuk mendapatkan sumber maklumat yang sahih dan harus lebih laju berbanding orang lain, itu bukan satu perkara yang mudah.

Jadi, bagaimana anda hendak mengetahui info tentang rumah yang ingin dijual atau disewa nanti?

Ada beberapa cara. Antaranya..

  • Surat khabar. Banyak info jika ada rumah baru atau rumah lelong yang hendak dijual dalam surat khabar.
  • Portal/website hartanah. Dan juga blog-blog yang tulis tentang hartanah. 
  • Networking. Rajin-rajinlah berkawan dengan orang bank dan juga peguam yang selalu berurusan dengan hartanah.
  • Group di Social Media. Terutamanya di facebook. Banyak group facebook yang berbincang tentang hartanah dan ada antara mereka yang menjual rumah disitu. Cari dan baca. Banyak ilmu dan info tentang rumah disana. Biasanya pasti ada ramai pakar-pakar hartanah yang berkumpul disana. 
  • Flyers. Haa, yang ni boleh nampak kat mana-mana. Mana tahu ada orang yang terdesak nak jual atau sewa rumah? Pasti akan tampal flyers didinding rumah, bus stop, tiang lampu isyarat dan silap hari bulan ada yang tampal kat wiper kereta anda. Siapa tahu, kan? Jadi, perhatikan alam sekeliling ye. 

Contoh iklan rumah untuk dijual.

Itu sahaja.

Yang lain, anda boleh fikirkan sendiri.

Saya dah penat nak menulis. Hehe..


Thursday, December 5, 2013

7 Jenis Pelaburan Hartanah.

Berapa ramai antara anda boleh beritahu saya jenis-jenis pelaburan hartanah yang anda tahu? Pasti ramai diantara anda yang rajin membaca, bukan?

Jadi, beritahu saya. Boleh?

Okeh. Kalau ada yang masih tak tahu. Saya kongsikan sedikit sedikit ilmu yang saya baru dapat tadi. Kalau anda pergi seminar hartanah, anda akan tahu dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis pelaburan hartanah ini.

7 jenis Pelaburan Hartanah.


  1. Rumah Undercon
  2. Rumah Subsale
  3. Rumah Lelong
  4. Homestay
  5. Lease Option
  6. Bulk Purchase
  7. REIT.

Rumah lelong antara yang jadi pilihan.
Itu sahaja. Saya nak terangkan semua, saya belum mahir lagi. Tapi anda boleh search di Google untuk tahu lebih lanjut tentang perbezaan setiap jenis pelaburan hartanah tersebut dengan lebih mendalam.

Saya harap ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Wednesday, December 4, 2013

Kategori dan jenis Hartanah yang anda tak tahu.

Ya. Masih ramai yang tidak tahu tentang jenis atau kategori hartanah.

Saya juga begitu. Bila dah banyak baca buku dan pergi kelas serta seminar hartanah, barulah saya faham dan tahu kategori hartanah tersebut.

Senang cakap, kita boleh pecahkan ke beberapa kategori.

Kategori Hartanah


  1. Rumah undercon. Maksudnya, rumah yang masih dalam pembinaan.
  2. Rumah subsale. Maksudnya, rumah yang telah terpakai atau 2nd hand. Dah ada pembeli la kiranya.


Ha.

Itu sahaja.

Ada DUA sahaja kategori hartanah yang perlu anda ketahui. Ini baru skop dalam bidang rumah-rumah. Belum campur bab tanah orang ke, ladang orang ke, kebun kopi ke dan apa. Kita fokus dalam bab-bab hartanah yang melibatkan rumah sahaja dulu. Ok, kan?

Jadi, kategori mana yang lebih sesuai dengan anda? 

Dan sesuai dengan bajet anda?

Rumah macam ini, berapalah agaknya harganya eh..

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Okeh.

Bagi saya, selain mempelajari tentang ilmu hartanah itu sendiri, termasuklah tentang teknik hartanah berkesan, tips dan panduan hartanah kita juga perlu tahu langkah-langkah lain yang boleh membantu kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Senang cakap, kena tahu langkah-langkahnya.

Langkah pertama dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang perlu anda buat?

  • Belajar. Baca buku tentang hartanah, beli buku banyak-banyak.
  • Hadiri seminar hartanah atau bengkel hartanah dengan kerap. Banyak "HIDDEN" ilmu yang boleh kita dapat dari seminar-seminar tersebut yang sukar untuk kita jumpa dalam buku-buku hartanah. 
  • Berkawan dengan mereka-mereka yang bergelar Pakar Hartanah atau mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
  • Cari mentor atau guru. Senang kata, cari Pakar Hartanah yang berjaya. Kenali mereka dan buat kajian tentang kejayaan mereka. 

Banyak lagi kena baca ni..


Emm..

Itu sahaja rasanya yang saya tahu.

Ada apa-apa lagi yang ingin anda tambah?

Monday, December 2, 2013

Apa itu Pelaburan Hartanah?

Ya.

Apa itu Pelaburan Hartanah? 

Dari apa yang belajar, ia bergantung pada 3 perkara asas yang bersangkut-paut dengan tanah dan pelaburan. Pendek kata, anda kena tahu 3 perkara ini jika mahu pergi jauh dalam bidang hartanah.


  1. Modal. Tak kiralah dalam bentuk wang ringgit.
  2. Ilmu tentang hartanah.
  3. Tahu dan MAHIR dengan cara untuk mendapatkan keuntungan tak kiralah dalam bentuk pertambahan nilai, pendapatan dan juga faedah. 



Ini antara benda-benda asas yang anda kena tahu tentang Pelaburan Hartanah.

Bagi saya, bab modal itu antara menjadi satu perkara yang sukar untuk disediakan dalam waktu yang singkat sebelum kita terjun dalam bidang hartanah. Jadi, nasihat saya, kita belajar dulu tentang ilmu hartanah dan buat "MOCK training" untuk memahirkan diri kita ilmu yang kita belajar dan mengetahui strategi yang mana lebih sesuai untuk beli hartanah nanti.

Dan, rajin-rajinlah pergi mengikuti kelas dan seminar hartanah nanti ye. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kita lebih faham tentang ilmu hartanah itu sendiri.

Jadi, sudahkah anda mengetahui 3 perkara asas ini? Boleh tangkap sikit-sikit?